Wednesday 13 April 2016

Kenang daku dalam doa mu... 😊

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                                   
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami sebagai benteng urusan kami; perbaikilah bagi kami dunia kami yang menjadi tempat kehidupan kami; perbaikilah bagi kami akhirat kami yang menjadi tempat kembali  kami. Jadikanlah Ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian kami sebagai kebebasan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah, kami sedar bahawa sesuatu yang berlaku diatas muka bumi ini adalah diatas ketentuan Mu dan kehendak Mu,  maka jadikanlah kami Ya Allah hamba yang redha dengan segala ketentuan Mu.

Ya Allah; berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah, kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami hari ini adalah lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.

Ya Allah, Engkau muliakan kami dan ampunlah segala salah dan silap kami. Jika Engkau tidak memberikan petunjuk kepada kami nescaya kami akan meraba-raba dan terjerumus ke lembah kejahilan dan kederhakaan.

Ya Allah, redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insane yang kami sayangi.

Ya Allah, perkukuhkanlah iman kami, tali persaudaraan kami dan  terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyaksikan bahawa kami menerima apa yg telah disampaikan oleh rasulMu  Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya Allah, tentukanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat. Ya Allah,

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadrat-Mu, berilah kami kekuatan , taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah, haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab.
َ
َ Ya الله, kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami,  jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Friday 8 April 2016

Rahmat di sebalik musibah...

#JustSharing 😭😭😭

Rahmat di sebalik musibah...

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Semua datang dalam team. Pakai hensem dan dengan baju korporat dan atau kot. Saya salah seorang datang. Saya datang seorang jer..tak sempat ajak staf. Saya tempat ceramah saya pakai jubah jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..diaorang tengok saya atas ke bawah.

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U punya quo paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah. Saya suka bila dapat program di syarikat orang pakai tudung boleh kira dengan jari.. saya yakin dengan Islam kita jadi amanah, hati yang mulia, cekap dan bahagia di hati.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..bercinta sampai syurga. Diberi anak lewat tapi anak daie yang gegarkan dunia dengan kebaikan.

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Orang baik-baik tidak dikedepankan supaya mereka diselamatkan dari cinta dan fitnah dunia. Ada orang tidak dikenali di dunia tapi di kenali di sisi penghuni langit.

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah.

Hakikatnya tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah yang Maha Penyayang.

Perkongsian dari nukilan - Ustaz Ebit Lew

Monday 21 March 2016

Duhai Suami...

Sejujurnya...

Pernah tak korang rasa macam suami korang tak hargai korang...?
Aku pernah rasa...
Padahal dia sebenarnya tak pandai luahkan, kurang pandai zahirkan dengan kata2...

Pernah tak korang rasa macam suami korang tak sayang korang sebanyak mana korang sayang dia...?
Aku pun pernah rasa...
Padahal dia sebenarnya tak pandai luahkan, kurang pandai zahirkan dengan kata2...

Pernah tak korang rasa suami korang macam tak faham betapa penatnya korang jadi ibu jadi isteri sambil buat segala kerja rumah setiap hari tanpa kenal erti putus asa...?
Aku pun pernah rasa...
Padahal dia sebenarnya tak pandai luahkan, kurang pandai zahirkan dengan kata2...

Pernah tak korang rasa betapa sedihnya bila korang perlukan rehat, perlukan bantuan, perlukan 'pause time' tapi suami sibuk dengan hal kerja dia dan korang rasa macam tak dipedulikan...?
Aku pun pernah rasa...
Padahal dia sebenarnya tak pandai luahkan, kurang pandai zahirkan dengan kata2...

Pernah tak korang hadapi saat rasa hampir putus asa bila rumah bersepah, anak comot sambil meraung nak itu ini, kerja berlambak perlu diuruskan sedangkan korang dah rasa sangat2 tak larat dah tak berupaya lagi tapi suami macam tak nampak semua tu..?
Aku pun pernah rasa...
Padahal dia sebenarnya tak pandai luahkan, kurang pandai zahirkan dengan kata2...

Pernah tak korang rasa seolah2 suami korang hanya sibuk bekerja, takde masa nak layan kehendak korang yg memang 1 dunia tahu perempuan ni macam2 kemahuan dan kehendaknya (lebih2 lagi bila mai PMS), padahal korang tahu korang sedar je dia pun sibuk dan penat mencari rezki utk keluarga...?
Aku pun pernah rasa...
Padahal dia sebenarnya tak pandai luahkan, kurang pandai zahirkan dengan kata2...

Ya, kita sebagai isteri sebagai perempuan selalu rasa macam ni walaupun kita sebenarnya sedar suami kita bukan tak sayang, bukan tak cinta, bukan tak kasih, bukan tak hargai, bukan tak faham...
Cuma kita adakalanya penat dan lelah dalam tugasan tanggungjawab harian hinggakan kita terrrrlupa bahawa suami juga penat bekerja, lelah dalam mencari rezeki menyara keluarga, juga stress dalam menghadapi cabaran seribu satu macam memenuhi tanggungjawab mereka di tempat kerja & juga di rumah...

Kalau la lelaki para suami faham betapa kata2 tu semua dapat pulihkan sumer rasa penat, lelah, stress, sedih dan seribu satu macam perasaan lagi yg ada dalam hati seorang isteri...

Maka, kaum suami cuba la belajar dan ambil inisiatif utk sekali sekala luahkan dan zahirkan perasaan tu...
Hulurkan sedikit sebanyak bantuan dikala berkesempatan ketika di rumah...

Kami kaum isteri bukan la harap suami setiap hari sedapkan hati kami...
Bukan juga harap setiap hari bagi hadiah bagai tanda cinta,
Bukan juga harap setiap bulan bawa pergi bercuti pergi melancong,
Bukan juga siapkan segala kerja2 rumah...

Adakalanya cukup dengan sekadar ucapan;
"Maafkan abang sebab balik lambat..."
Atau...
"Abang tahu sayang penat, terima kasih jagakan anak2 kita and masak sedap2 untuk abang..."
Atau...
"Abang sayang awak, terima kasih sebab jadi isteri yg baik..."
Or at least...
"Abang sayang awak dunia akhirat..."

Tak susah kan...?

Bukan susah untuk ungkapkan zahirkan melalui kata2...
Bergantung pada kalian je...
Kalau tak sempat atau tak mampu nak luahkan tak berkesempatan zahirkan melalui perbuatan, luahkan melalui kata2 je pun dah sangat2 bermakna buat manusia yg bergelar isteri...

Percayalah, sekelumit kalian tunjukkan zahirkan ungkapkan kata2 betapa kalian sebagai suami sayang, cinta, kasih, hargai & syukur dengan isteri kalian, segunung seluas lautan isteri kalian akan rasa bertambah sayang, kasih, cinta & hargai kalian...

Tak percaya ke bro...?
Cuba dulu, baru tahu...

Bagi kalian kaum isteri yg dikurniakan suami yg pandai bermadah, pandai sejukkan hati isteri dengan kata2 indah berbunga2,
Beruntung, bersyukurlah dan berterima kasihlah kalian...

Bagi kalian kaum isteri yg dikurniakan suami yg rajin, ringan tulang membantu kalian buat kerja2 rumah, rajin tolong uruskan anak2, selalu berusaha luangkan masa bermain bergurau senda dengan isteri & anak2,
Beruntung, bersyukur dan berterima kasihlah kalian...

Kerana semua wanita yg akan/telah berkahwin itu sememangnya;
Mengharapkan suami untuk jadi tempat mereka berpaut,
Mengharapkan suami menjadi pendengar yg paling setia,
Mengharapkan suami menjadi pelindung yg paling kuat,
Mengharapkan suami menjadi penguat semangat yg paling gigih,
Mengharapkan suami menjadi kawan bercanda bergurau senda yg paling menyeronokkan,
Mengharapkan suami menjadi lelaki yg paling memahami,
Mengharapkan suami menjadi peneman yg paling setia,
Mengharapkan suami menjadi lelaki yg paling banyak menyayangi mereka selepas bapa mereka sendiri,
Dan seribu satu harapan lagi mereka letakkan sebaik sahaja mereka membuat keputusan muktamad untuk bersetuju berkahwin dengan kalian...

Kerana kami semua wanita yang akan/telah berkahwin ini mengharapkan suami yg kami nikahi itu akan berkekalan jadi pasangan halal kami, bahagia bersama kami dan kekal bersama kami hingga ke syurga di akhirat kelak...

Terima kasih suamiku...
Terima kasih atas segala jasa,
Terima kasih atas segala pengorbanan,
Terima kasih atas segala penat lelah,
Terima kasih atas segala kasih sayang,
Terima kasih atas segala kebaikan,
Terima kasih kerana menjadi suamiku...
Moga Allah sentiasa memberkati dan melindungimu,
Moga syurga Firdausi tempatmu di akhirat kelak...



#SekadarLuahanHati #KeranaAkuJugaSeorangIsteri #KeranaAkuJugaSeorangIbu #LifeJourneyJuliana

Erti Syukur

Erti Syukur

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah...

Aku melihat hidup teman-temanku bagaikan tiada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha...

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya...

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada...

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung...

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui...
Ternyata aku yang kurang mengsyukuri nikmat Allah...
Bahawa di suatu sudut dunia lain,
Masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini...

Dan satu hal yang aku ketahui,
Bahawa Allah tidak pernah mengurangkan ketetapan-Nya...
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi...

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain...

Mungkin aku tidak tahu dimana rezekiku...
Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada...

Dari lautan biru, bumi dan gunung,
Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku...

Allah menjamin rezekiku,
Sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku...

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja...
Kerana bekerja adalah ibadah,
Sedang rezeki itu urusan-Nya...

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya,
Adalah kekeliruan berganda...

Manusia membanting tulang demi angka simpanan gaji,
Yang mungkin esok akan ditinggal mati...

Kita lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka,
Tapi apa yang telah dinikmati...

Rezeki tidak selalu terletak pada pekerjaan kita,
Allah menaruh sekehendak-Nya...

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah,
Tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail...

Ikhtiar itu perbuatan...
Rezeki itu kejutan...
Dan yang tidak boleh dilupakan,
Setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"...

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai",
Bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab...
Maka,
Aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain...

Bila aku iri pada rezeki orang,
Sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya...

Setiap org tertulis rezeki masing2...
Hanya kita sahaja yang kurang menilainya...

Kebahagian bukan terletak kepada kekayaan...
Tetapi terletak pada hati,
Yang sentiasa bersyukur kepada-Nya...


Wednesday 16 March 2016

Pengat Labu Kuning #HomeMadeDishesByJue

Disebabkan dah agak lama jugak la teringin nak makan pengat labu homemade punya, maka hari ni terhasil laaaa...

Taraaaaaa...!
Pengat Labu Kuning #HomeMadeByJue

Alhamdulillah menjadi & sedap rasa dia (ceewahhh masuk bakul angkat sdiri ler pulakkkk 😂)
Yg dalam gambar tu letak dlm bekas sebab nak bagi kat Fiza, jiran blakang rumah ni...lagi pulak, buat ni tadi mintak daun pandan dengan dia...orang berbudi, kita berbahasa kan...dah mintak apa2 dgn orang, mesti la ganti or balas balik... 😉

Alang2 dah potong2 labu kuning tu tadi, buat la bubur nasi campur labu untuk si Dhiya skaliiii...

Bubur Nasi + Labu Kuning + Air Rebusan Ayam...
Menu lunch untuk budak bulat yg selalu sembelit... 😊😄

FYI, Dhiya memang suka labu kuning...memang jarang la dia tak habis makan penuh semangkuk tu klo buat apa2 yg isinya ada labu kuning... 😘😘😘

Nampak x muka x sabar nak makan tu? haha...

Haru betul tadi...dah hampir siap masak buat lauk ayam goreng & tomyam putih sotong+mushroom+ayam favourite papa, baruuuu teringat daun limau purut tak letak lagi dalam tu...pastu cepat2 cari dlm peti ais, tak jumpa la pulakkkk...adoiiiii...
Then cuba ingat balik, rasanya masa kemaskan groceries yg beli banyak2 malam tadi, takde plak daun tu...tercicir masa nak bayar kat kaunter agaknya...

Sudahnya, kena tunggu Idah & Lan (my younger sis & bro in law) balik dari kursus sat lagi tolong belikan...terpaksa la hold dulu makan nasi tengah hari tadi...

Disebabkan dah lapar sangat jugak tu la maka terhasilnya Pengat Labu Kuning tu petang ni... 😁

Erti Kebahagiaan 😊

Apakah Erti Kebahagian...?



Ketika aku ingin hidup KAYA, aku lupa bahawa HIDUP adalah sebuah KEKAYAAN...

Ketika aku takut MEMBERI, aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN...



Ketika ku ingin jadi yg TERKUAT, aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN, TUHAN memberikan aku KEKUATAN...

Ketika aku takut RUGI, aku lupa bahawa hidupku adalah sebuah KEBERUNTUNGAN...



Hidup ini sangatlah INDAH jika MENSYUKURI apa yg sudah ada...

Adakalanya yg TERINDAH bukanlah yg TERBAIK... .
Yg Sempurna tidak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN...


Tetapi, ketika kita mampu & mahu menerima semua kekurangan & kelebihan, itulah KEBAHAGIAAN yg sebenar...


Semoga Allah sentiasa meredhai setiap langkah perjalanan kita, sentiasa memberikan warna keindahan dalam setiap perjuangan, dan terus memberikan kebahagiaan dalam setiap pencapaian... 😊


👼 Anakku sayang Dhiya Nur Jannah 💝

Anakku sayang...


Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit...
Mataku semakin kabur...
Kamu harus mengerti dan bersabar denganku...



😔 Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"Mama pekak ke?"
"Mama bisu ke?"
"Mama tak dengar ke??"

Aku minta maaf anakku...
Aku semakin MENUA...


😔 Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA...
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua...


😣 Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi...
Badan aku lemah...
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri...
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil...


😷 Anakku...

Bila aku tua,
Sekiranya aku sakit, temanlah aku...
Aku ingin anakku berada bersamaku...


😭 Anakku...

Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,
Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian...
Jangan cemas...
Jangan menangis...
Hadapi dengan redha...
Aku berjanji pada kamu...
Bila aku bertemu Allah,
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku...

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

Salam penuh kasih sayang,
MAMA 💖