Thursday 20 April 2017

Jangan main2 dengan EMOSI WANITA

Jangan main2 dengan emosi wanita.

Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.

Semua kerana emosi seorang wanita.

Saya mohon,
Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jgn pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu wanita anda. Caranya mudah :
Ratibkan zikir dan doa di dlm hati kita.
Peluk.
Pujuk.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi.
Wanita yg sedang beremosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan.
Dengar saja. Jangan dibalas dengan diam membatu apalagi bantah apa-apa.
Lagi sekali, peluk dan pujuk.

Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yg terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yg mengganggu.
Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku!

Maka jangan masukkan apa-apa lagi.
Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi berdebat.

Waktu seorg wanita sedang diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.

Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mungkin terbang entah ke mana.
Sekukuh mana pun imannya,
Mungkin dia akan tewas juga.

Jadi elakkan marah seorang wanita ketika dia sedang marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Usah di umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yg akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorg wanita yang sedang dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yg tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega.. Nasihatilah dia.
In ShaaAllah ketika ini, nasihat kita masuk seperti air.
Cair dan mengalir.

Seorg wanita itu dianugerahi Allah sifat yg sangat teliti.
Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci.
Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal2 yg kecil bagi seorg lelaki mungkin dianggap besar baginya.

Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yg betul dengan cara yang betul, dengan nada yg betul.

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
In Shaa Allah, banyak masalah dan musibah dapat dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yg bengkok.
Kalau dibengkokkan, semakin bengkok.
Kalau diluruskan, ia patah.
Kalau dibiarkan, ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dgn kata2 yg baik."

Ini Rasulullah yg pesan.

Pesanan yg sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita.
Justeru, berhikmahlah.

Lelaki,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja.
Belajar lah juga menerima ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Terima org lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita.
In Shaa Allah, mudah melentur bahagi.

SAYANGI WANITA ANDA..!!

No comments:

Post a Comment