Sunday 5 July 2020

Being A Mom Is Not Easy, But I'm Sure It's Gonna Be Worth It

Sebab untuk kesekian kalinya, ada orang kata nampak kita ni syok, best sangat hidup sebab tak serabut tak stress dengan kerja and tak perlu melayan kerenah bos² dan rakan sekerja, heaven je sokmo duduk kat rumah je dgn anak²...
Selamberrr je dia cakap "Best la mu tak kerja duk 'sajje' (tak buat apa²) kat rumah tu, alaaaa apa la sangat penat dan stress jadi suri rumah, rugi je belajar penat², dah kerja bagus² tapi baru anak sorang dua dah berhenti kerja jadi suri rumah je...bla bla bla yadda yadda yaddaa.....".

Seriously, ayat² gitu memang bikin hati ni rasa bercampur baur...
Dan adakalanya hanya balas dengan senyuman sebab tak rasa diorang yang cakap gitu mampu faham selagi dia sendiri tak jadi ibu yang kerjanya suri rumah sepenuh masa, tambah lagi dengan tinggal menetap jauh dari dua² belah keluarga...

So today, here i go...
Kasi up la satu gambar and status yang tak berapa nak best ni...

Gambar ni dirakam masa tengah struggle untuk tenangkan dulu diri sendiri sebelum pujuk baik² untuk tenangkan anak²...
Gambar ni asalnya dirakam untuk tunjuk pada suami keadaan anak² bila dia cakap kejap lagi dia balik kerja...takde la sampai rumah je kang dia pulak terganggu emosi dan tertanya² kenapa anak dua² melalak menangis, isteri pulak berserabai berpeluh² muka serabut...
Time tengah sibuk prepare nak hidangkan makanan untuk suami yang kejap lagi nak balik kerja and sapu rumah sambil kemaskan serba sikit mainan anak yang bersepah kat ruang tamu, tiba² sorang nangis meraung bangun tidur tengok tv dah tutup, sorang lagi nangis terkejut tengah tidur dengar kakak nangis kuat sangat... 😣
Si kakak makin manja, adik plak pantang dengar kakak nangis nak ikut nangis jugak, nangis sambil mulut ternganga² nak menyusu lagi... 🤕🤦🏻‍♀️

Kang ada pulak yang cakap tak pandai manage masa la, perfectionist sangat la, time anak tidur ko kena tidur skali sebab time tu je ko boleh rehat, bla bla bla...
It's hard to explain, seriously...
But i don't think perlu di explain pun unless you are my husband, my family or tetamu yang tiba2 datang ke rumah... 

Ini baru anak 2 orang...tak mampu bayangkan kalau ibu² yg ada anak 3 4 5 6 7 8 9 10 orang anak tu setiap hari macam mana life diorang kat rumah..? Tambah² lagi yang ada komitmen anak menyusu badan sepenuhnya jugak gini...

Saya pun dah pernah merasa betapa penat dan teruji mental fizikal kerja di site kat loji untuk beberapa tahun and then pernah juga rasa sibuk dan stressful nya kerja di office and pergi kursus/meeting sana sini ke hulu ke hilir for few years...
So, jangan kata saya tak tahu erti penat lelah mencari wang ringgit.. 
And now dah hampir 6 tahun saya jadi full time housewife and stay-at-home mom...

Wallahi, sejak bulan pertama saya resigned dulu hingga kini, adakalanya hati ini sungguh tercalar terguris terluka dengan kata² sebegitu...tak kira la ayat tu keluar dari mulut sesiapa pun, samada dari rakan taulan, saudara mara mahupun sesiapa...

Percayalah, jadi suri rumah mahupun hidup berkarier bekerjaya, semuanya ada learning process, cabaran dan dugaan tersendiri...
Adakah dengan perlekehkan pilihan dan hidup seseorang itu boleh buat kalian rasa lebih hebat? 
Atau rasa meningkat darjat diri..?

Jadi engineer, doktor, nurse, cikgu, peguam mahupun suri rumah sekalipun, semuanya ada cabaran, dugaan dan pengorbanan...
Pilihan yang kita pilih adalah berdasarkan apa yang kita telah lalui dalam hidup kita dan apa yang kita semua lalui hadapi tak sama antara satu sama lain...
Kalau kita tak pandai atau tak mampu memberi kata² yang positif, jangan la terlalu persoalkan apatah lagi memperlekehkan orang lain...
Because in the end of the day, kita semua saling memerlukan untuk terus hidup dan apa kerjaya anda is not the matter most...

So,
DON'T JUDGE OTHERS EASILY...! 
Until you walk in someone's life, don't judge...
Don't judge me by what you see, you don't even know half of what I've been through to get to where I am now...
Don't ASSUME anything about someone's life without knowing, you did not live their life...
Don't judge me because I live, love and sin a little differently than you do...
You might not be able to handle half of what i've dealt with...
There's so much reasons i do the things i do, there's a reason i am who i am...! 

Bersangka baik lah, bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana tak semua orang dapat apa yang kita dapat...
Syukur atas segala nikmat dan ujian, itu tandanya kita masih diberi nikmat untuk terus hidup... 

Motherhood life is not easy, but I'm sure it's gonna be worth it...! 

P/s : 
Actually i already posted this on my facebook 2 years ago together with the picture...just share this here again because i think it is still relatable...

Juliana Aziz, 
Isteri dan ibu yang belum sempurna 👨‍👩‍👧‍👦

4 comments:

  1. Wow....good..someting yg org memang xkan faham jiwa suri rumah mcm kiter...kadang ya Allah stresss nyer la...kalau fikir fikir kerja lagi bagus kan...tp nak wat mcmne dah jiwa kite nk anak depan mata...insyaallah pengorbNan kita terbalas suatu hari nanti..aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betulllll...! Hanya suri rumah akan faham jiwa suri rumah kan...? 🥴😁😘

      Delete
  2. Nice sharing Jue. 😊
    Chaiyok, Jue. 💪💪💪
    We can do this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, author and writer yang hebat komen...segan pulok rasa aih... 😅😁

      Delete