Monday 19 April 2021

7 Pesanan untuk anak² mama... πŸ’–

7 pesanan untuk anak² ku sebelum anak² sekalian meningkat dewasa ;

1. Wahai anak²ku, mama takkan selamanya ada disisimu. Belajarlah berdikari dan bertanggungjawab dengan segala urusanmu...

2. Wahai anak²ku, doamu akan menjadi sangat berguna pada mama ketika mama sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah mama ibmu ini dalam setiap doa dan munajatmu...

3. Wahai anak²ku, kamu sangat berharga buat mama. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu...

4. Wahai anak²ku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, berdoalah pada-Nya, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Allah tuhanmu sedang merindukanmu...

5. Wahai anak²ku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah mama ibumu ini akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian...

6. Wahai anak²ku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal...

7. Wahai anak²ku, mama mungkin takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Walau mama sememangnya sentiasa akan terus mengasihi dan menyayangi kalian sepanjang hayat mama, namun yang pastinya, yang lebih Maha Menyayangi, Maha Melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Pencipta-mu ; Allah. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Sentiasalah berterima kasih bersyukur pada Allah atas setiap nikmat dan ujian, kerana sesungguhnya kasih sayang Allah buat setiap hamba-Nya jauh lebih besar jauh lebih banyak berbanding sesiapa pun di dunia ini...


❤️ Dhiya & Danial πŸ’™






































No comments:

Post a Comment