Tuesday, 25 April 2017

Dear Allah...

Dear Allah, I wanna take a minute, not to ask for anything from you...

But simply to say thank you, for all I have...

Happy moments, praise Allah...
Difficult moments, seek Allah...
Painful moments, trust Allah...
Every moment, thanks to Allah....

Jangan Pernah Berburuk Sangka Sesama Insan

Sekarang atau masa lalunya mungkin dia seorang wanita yg berpakaian seksi dan ketat, siapa tahu insya'Allah akan datang dialah wanita yg menutup aurat menjaga solat beristiqamah mencari redhaNya..

Sekarang atau masa lalunya dia seorang lelaki kaki lepak pemabuk, siapa tahu insya'Allah akan datang dialah lelaki yang berada di saf hadapan bersolat di surau masjid...siapa tahu bekas pelaku maksiat itulah yang paling banyak air matanya mengalir dalam sujudnya..

Subhanallah, air mata taubat itu..

Bukankah ramai sahabat Radhiallahu ‘anhum yang dahulunya pelaku maksiat, peminum arak, bahkan pelaku kesyirikan..?
Akan tetapi tatkala cahaya hidayah 'menyapa' hati mereka, jadilah mereka generasi terbaik yang pernah ada di atas muka bumi milik Allah ini...

Bila seorang hamba ingin kembali pada Allah, memohon keampunanNya, bertaubat padaNya, Allah gembira menerima taubat hambaNya...Allah tidak menilai dan tidak mengukur dosa hambaNya yang kembali ke jalanNya...

Luas rahmatNya, hidayahNya dicari...
Maha Suci Allah Maha Penyayang... 💗


Monday, 24 April 2017

*•.¸♥ Bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.

*•.¸♥ Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu.

*•.¸♥ Bila kamu rasa ketinggalan dan masa meninggalmu, Allah sentiasa di sisimu.
*•.¸♥ Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiaannya.

*•.¸♥ Bila tak ada yang beerti buatmu,keliru, kecewa, Allah adalah jawapannya..♥♥♥

#DhiyaNurJannah Kesayangan Mama




Memang...aku yang kandungkan anak ini...9 bulan 3 minggu...lama, sangat lama...
Memang...aku yang lahirkan dia 2 tahun 4 bulan yg lalu...sakit, sangat sakit...
Tetapi, anak aku ini bukan milik aku...dia adalah amanah dari-Nya...dia milik Allah...bila2 masa Allah boleh ambil semula...
Jadi, mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam mahu bermain dan seribu satu macam lagi ragamnya...
Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila2 masa Dia boleh ambil balik...

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi...
Sedangkan baru sahaja dibeli bulan lepas...ramai lagi ibu bapa lain teringin nak beli saiz lebih besar lagi...apakan daya anak mereka lambat membesar pula...
Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat...
Mengapa aku mengeluh...
Lupakah aku, anak ini milik Allah...
Bila2 masa Dia boleh ambil balik...

Aku mengeluh lemah lagi dan tidak mampu menyimpan wang yang banyak...setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini...

Ya Allah...
Sedarkanlah daku...ramai lagi yang berhabis duit berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak...
Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki...
Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi...
Termasuklah anak ini...
Ingatlah, bila2 masa dia boleh ambil kembali...

Aku terus mengeluh...
Adakalanya tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat2 nak ajak bermain pula...ahhh mana boleh, nanti jadi makin manjalah dia...nah, ambil ini dan mainlah sendiri...

Allah...
Mengapa aku sering mengabaikan pinjaman Allah ini...entah berapa ramai yang menangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup...tetapi Allah tak bagi...
Allah berikan pada aku...tetapi mengapa aku mengeluh...
Inikan milik Allah...bila2 masa Allah boleh ambil kembali...

Ya Allah...
Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini....tetapi masih aku banyak bunyi banyak berkeluh kesah...
Ampunkan aku ya Allah...
Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga syurga jannah-Mu...
Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu...
Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku...Dia milik-Mu...
Bila2 masa kau boleh ambil kembali...

Thursday, 20 April 2017

Jangan main2 dengan EMOSI WANITA

Jangan main2 dengan emosi wanita.

Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.

Semua kerana emosi seorang wanita.

Saya mohon,
Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jgn pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu wanita anda. Caranya mudah :
Ratibkan zikir dan doa di dlm hati kita.
Peluk.
Pujuk.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi.
Wanita yg sedang beremosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan.
Dengar saja. Jangan dibalas dengan diam membatu apalagi bantah apa-apa.
Lagi sekali, peluk dan pujuk.

Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yg terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yg mengganggu.
Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku!

Maka jangan masukkan apa-apa lagi.
Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi berdebat.

Waktu seorg wanita sedang diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.

Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mungkin terbang entah ke mana.
Sekukuh mana pun imannya,
Mungkin dia akan tewas juga.

Jadi elakkan marah seorang wanita ketika dia sedang marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Usah di umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yg akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorg wanita yang sedang dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yg tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega.. Nasihatilah dia.
In ShaaAllah ketika ini, nasihat kita masuk seperti air.
Cair dan mengalir.

Seorg wanita itu dianugerahi Allah sifat yg sangat teliti.
Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci.
Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal2 yg kecil bagi seorg lelaki mungkin dianggap besar baginya.

Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yg betul dengan cara yang betul, dengan nada yg betul.

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
In Shaa Allah, banyak masalah dan musibah dapat dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yg bengkok.
Kalau dibengkokkan, semakin bengkok.
Kalau diluruskan, ia patah.
Kalau dibiarkan, ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dgn kata2 yg baik."

Ini Rasulullah yg pesan.

Pesanan yg sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita.
Justeru, berhikmahlah.

Lelaki,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja.
Belajar lah juga menerima ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Terima org lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita.
In Shaa Allah, mudah melentur bahagi.

SAYANGI WANITA ANDA..!!

Tuesday, 18 April 2017

Ketahuilah...

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

Dear Heart

Dear heart,

Yes, there are people around who have broken your heart, 
Have hurt you,
Have breached your trust... 
But look carefully, 
There are some who still love you,
Still trust you and proud of you...

Yes, there were things which didn't work, 
There were moments where life was really harsh...
But think carefully, 
There were moments when things worked the way you wanted, 
When u were smiling,
When life was pleasant...

Yes, you made mistakes and you felt bad for yourself...
But analyze carefully, 
There were moments when you were proud on yourself, 
When you followed your heart, 
When you did what you wanted to...

So relax, 
Your past is gone, 
Shape your future and have fun in present...
Life is never the way it supposed to be, 
But that's the way it is...

You are not perfect, no one else is...
You have flaws, everyone has...
You have a dark side, everyone has...
You made a wrong choice, everyone had once a while...
You failed, everyone has...

Relax, 
You are a good human being, 
You are lovable, 
You are beautiful..!

Don't be so harsh on your life, 
Love yourself, 
Because Allah love you, 
I love you and will always be... 😘

Saturday, 15 April 2017

FAHAMI HATI ISTERI YANG SELALU MARAH & MENJERIT PADA ANAK²

FAHAMI HATI ISTERI YANG SELALU MARAH & MENJERIT PADA ANAK²

Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak². Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik marah & jerit pada anak². Terasa kasihan pada anak². Terasa tiada hari anak² tak kena marah. Kadang² saya tengok isteri saya sayang yang kecil je. Kakak sulung asyik kena marah je. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya² kena marah.

Abg nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik & bertanggungjawab. Abg nak bantu & selesaikan.

Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak². Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami. Itu antara punca utama.

Abg nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah² anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.

Wanita ini bila kita dah dapat hati dia, semuanya akan jadi superb. Juta² kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak². Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah.

Kita perlu sedar, dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai, sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak² ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta & sayang, insyaAllah isteri kita akan bimbing anak² kita Islam dengan cinta & sayang. Mereka dahagakan belaian & kasih sayang.

Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk & sayang anak². Bila sampai rumah sunnah beri salam & peluk atau cium ahli keluarga. Anak² dahagakan pelukan & ucapan sayang. Mak anak yakni isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan & ucapan sayang terima kasih dari suaminya. Begitu juga kita kan abang. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yang sedang belajar nak jadi baik.

Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta & sayang. Begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya. Esok adiknya pun akan saling mencintai & menyayangi kakak & mak ayahnya. Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggi buat mak ayah. Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.

Suami isteri yang saling membantu. Saling mencintai. Saling menghargai akan membuat anak² pun jadi begitu. Janganlah pernah bergaduh depan anak². Nanti anak kita akan jadi stress & mereka akan jadi hipokrit. Jangan paksa anak kita terpaksa memilh antara kedua ibubapa. Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu & 2 arah tujuan. Kerana itu biarlah tidur sekali & mimpi pun sama.

Bila isteri marah anak. Jangan lawan atau marah isteri depan anak. Bila isteri marah kita bantu apa yang patut. Kadang² masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh & jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan. Kita tolong jaga 2 anak lagi.

Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk didapur seorang diri. Kita suami kadang² tengok tv atau hp. Anak² dah sepahkan rumah, ada yang mengacau di dapur. Mereka kunci jam, mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan & dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.

Mereka bukan marah anak sebenarnya abang. Seperti anak². Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian & kasih sayang ibubapanya. Lagi mereka kena marah & jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian. Buat macam².

Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik & lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal & ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah, kuat mengamuk & bermasam muka. Mula minta macam². Cemburu lain macam. Sangka macam² sebab hati mereka dah luka.

Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta'lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah. Cuba bawa isteri 3hari belajar iman. Berada di jalan Allah. Pergi umrah. Ziarah Kaabah. Ziarah Rasulullah saw. Solat malam sama². Bersyukur kunci segalanya. Sentiasa sabar. Lihat orang yang lebih susah dari kita.

Ya Allah, sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yang baik...

Credit untuk penulis asal ; Ebit Lew

Monday, 10 April 2017

Jangan Pernah Berputus Harapan Pada Diri Sendiri

✿~ Hari ini kita masih bersama, esok kita mungkin akan terpisah...
✿~ Hari ini kita sihat, esok mungkin kita tiada lagi di dunia...
✿~ Hari ini kita kaya, esok mungkin kita akan miskin...
✿~ Hari ini kita mencintai, esok mungkin kita membenci...
✿~ Hari ini dia datang, esok mungkin dia pergi...

Sekiranya esok yang kita harapkan tidak menjadi, sekurang-kurangnya kita tidak akan menyesal jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini...kerana esok pasti ada tetapi esok itu belum tentu untuk kita... ♥♥

:: Ya Allah, hidupkanlah aku dalam kebaikan dan matikanlah aku dalam kebaikan juga... ::

Friday, 7 April 2017

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu...

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa...

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta...

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian...

5. SELALU SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka...

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya...

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia...ingatlah, segala
amal baik anda pasti hangus...kerana Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki...

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan...

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda...

SAMA2 KITA MUHASABAH DIRI...


Sunday, 26 March 2017

Seorang pemuda  kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai,
LAUT INI PENCURI

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai,
LAUT INI BAIK HATI

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
LAUT INI PEMBUNUH

Tak lama datanglah seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai,
LAUT INI PENUH BERKAT

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu...!!

Maka..

*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik..

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai..

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan..

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pada dirimu..

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri..
Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza..

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya...

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

#lillahitaala

Bersyukur Dan Bersangka Baik Pada Allah..

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah...

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha...

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya...

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada...

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung...

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini...

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya..
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi...

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain...

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku,
Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada...
Dari lautan biru, bumi dan gunung,
Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku...

Allah menjamin rezekiku,
Sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku...

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja..
Kerana bekerja adalah ibadah,
Sedang rezeki itu urusan-Nya...

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya,
Adalah kekeliruan berganda...

Manusia membanting tulang,
Demi angka simpanan gaji,
Yang mungkin esok akan ditinggal mati...

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka,
Tapi apa yang telah dinikmatinya...

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita,
Allah menaruh sekehendak-Nya...

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah,
Tapi air zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail...

Ikhtiar itu perbuatan..
Rezeki itu kejutan..
Dan yang tidak boleh dilupakan,
Setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak,
"Dari mana dan digunakan untuk apa"...

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai",
Bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab...

Maka,
Aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain...
Bila aku iri pada rezeki orang,
Sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya...

Setiap org tertulis rezeki masing2,
Hanya kita sahaja yang kurang menilainya..
Kebahagian bukan terletak kepada kekayaan,
Tetapi terletak pada hati,
Yang sentiasa mensyukuriNya...

Friday, 24 March 2017

Bersangka Baik Pada Allah

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata...

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan kita suami/isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya...

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata...

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka...

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan pelbagai perkara,
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya dan juga beramal kepada-Nya...

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha...

Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas...

Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya...

Sentiasalah bersangka baik pada Allah,
Kerana kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaan-Nya...