Tuesday 23 May 2017

"AKU ISTERI YANG BERMASALAH..."

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu dengan seorang ustaz pegawai agama runding cara di Jabatan Agama Islam untuk meminta nasihat bagi mengadu hal suaminya.

Ustaz: Apa yang boleh saya bantu puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada ustaz masalah suami saya.

Ustaz: Ye silakan, apa masalahnya itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya Ustaz. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan Ustaz. Makan minum saya tidak diendahkan Ustaz. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Ustaz tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, Ustaz boleh tersenyum mendengar aduannya.

Ustaz: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Ustaz: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Ustaz. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Ustaz. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Ustaz: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Ustaz: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Ustaz: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Ustaz: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Ustaz: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Ustaz: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Ustaz: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Ustaz: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Ustaz: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Ustaz: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Ustaz: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, Ustaz bertanya;

Ustaz: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Ustaz: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Ustaz: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Ustaz: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Ustaz tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Ustaz: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh Ustaz.

والله اعلم بالصواب
ربي أجعلني زوجة و أم صالحة

Kuatnya seorang wanita itu..
Apabila tetap bersabar walau diuji,
Tetap berbelas walau dikeji,
Tetap tersenyum walau disakiti,
Tetap mengasihi walau dibenci,
Tetap mendoakan walau dikhianati.

Dearest my beloved daughter Dhiya Nur Jannah


A woman's beauty is not in her features, the shade of her skin, or her possessions...true beauty is in her heart, in her Imaan, in her Taqwa & love for her Deen - which is shown through her Hijab & her righteous actions...few men understand this....even fewer women do!

People say, I want someone to be there for me...they forget that Allah is always there for us...
People say, I want someone to care for me...they forget that Allah cares even when we forget Him...
Love Allah - He will protect u, He will care for u, and He will always be there for u...

Most important is, always remember that mama & papa's love for u will never be as much as Allah love u...

Sincerely,
Mama ❤

#DhiyaNurJannah #BelovedBabyGirl

Friday 19 May 2017

Husnuzzon...

Ketika kita sedih, ada orang sudah kehilangan air mata...
Ketika kita lapar, ada orang sudah 1 minggu tidak makan...
Ketika kita sakit, ada orang telah mati kesakitan...
Ketika kita putus cinta, orang lain sudah putus tunang...
Ketika kita putus tunang, orang lain sudah bercerai...
Ketika kita bercerai, ada orang sudah kematian suami isteri...

Ketahuilah bahawa apa yang Allah telah berikan kepada kita adalah yang terbaik...

Sentiasalah bersyukur...



Wednesday 10 May 2017

BETAPA ADILNYA ALLAH


Ramai wanita yang berkata bahawa susah menjadi wanita, lihat saja aturan-aturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita tersekat-sekat dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.

9. dan lain-lain.

Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT RAHSIA DAN HIKMAHNYA ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga rapi dan ditutupi serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu khidmat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib khidmat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah anda bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya , bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5.Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga kehormatannya.

6.Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah… ! Demikian sayangnya ALLAH Subhanahu wa Ta'ala kepada wanita.

Wahai wanita, syukurilah semua keistimewaanmu.

Yakinlah bahwa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti Allah Maha Tahu akan segala yang diciptakan-Nya sehingga peraturan-Nya adalah yang terbaik bagi manusia.

Wallahua'lam...
Seorang anak muda yang baru kahwin jumpa saya. Dia dah tak faham perangai isteri dia. Kenapa wanita macam ni. Cepat nak marah. Kuat melawan. Dia tak kerja tapi nak duit saya. Nak beli itu ini. Dan minta kasih sayang. Dia suruh saya ada perasaan sikit...faham dia...terus terang saya memang tak faham. Dia campur privacy hidup saya.

Wanita bukan untuk difahami tapi untuk didengari, disayangi, dibimbing masuk syurga. Kita pun tak faham diri kita sendiri. Mintalah pertolongan Allah dalam urusan rumahtangga. Hati yang lembut, ketinggian dan kemuliaan wanita. Kita perlu jaga hubungan dengan Allah. Allah pasti buka jalan.

Saya tanya dia adik faham tak apa tu pernikahan?

Dia kata pernikahan maksudnya perintah Allah supaya dapat halalkan hubungan antara seorang lelaki dan wanita.

Betul tu adik. Sebenarnya pernikahan ialah menjadikan 2 jasad menjadi satu. Satu hati, satu jiwa, berkongsi segalanya. Tiada rahsia lagi antara keduanya. Tiada kehidupan peribadi. Semua urusan suami perlu diketahui isteri. Begitulah sebaliknya. Harus ada kepercayaan, kecintaan, jujur dan tanggungjawab. Bersama-sama melangkah masuk syurga. Kita bekerja, apa kita dapat kongsikan bersama isteri. Sama-sama senang. Sama-sama susah. Sama menangis..sama-sama jaga rumahtangga dan bangunkan anak-anak. Semuanya mesti bersama. Kita telah memegang amanah Allah. Mengambil seorang wanita yang dari walinya dengan janji dan perakuan itulah nikah.

Apa kita pakai. Mereka juga berhak. Apa kita makan itu mereka makan. Bagaimana kita ingin dilayani seperti itu kita layan isteri kita. Ramai orang cuma bersama seks waktu malam. Waktu lain semuanya bergaduh. Bermusuh. Berkira. Itu bukan pernikahan. Itu nafsu semata-mata..

Paling utama hak mendidik mereka dengan agama. Bimbing mereka dari mandi hadas sehingga wuduk, solat dan setiap hal dalam sunnah Nabi saw.

Bersama mereka dengan kasih sayang. Mereka nak disentuh, bermanja, berbual, kejutan dan bantu mereka ketika di rumah. Urut belai mereka..

Allah jadikan sekali Aisyah rs ada perselisihan dengan Rasulullah saw. Aisyah ra minta ada orang lain mendengar masalah mereka dan memutuskan. Abu bakr ra telah datang. Aishah ra kata ya Rasulullah saw kamu cerita dulu tetapi bercakap benarlah. Abu bakr ra terus marah Aisyah ra. Kerana dia suruh Nabi saw cakap benar sedang Rasul saw orang yang sentiasa bercakap benar. Semuanya dari Allah..

Abu bakr ra terus angkat tangan nak tepuk Aisyah ra. Aisyah ra lari belakang Rasulullah saw merayu minta tolong. Rasulullah saw kata wahai abu bakr jangan marah dia, aku ingin kamu mendengar masalah ini. Setelah selesai..petangnya Abu Bakr ra dengar Rasulullah saw tengah bergurau dengan Aisyah ra..

Lihat kasih sayang Rasulullah saw. Memahami sifat wanita. Rasulullah saw tak kecil hati dan terus selesaikannya. Rasulullah saw begitu mulia langsung tak marah isterinya atau ayah mertuanya. Mereka tidak berdendam tak terlalu fikir bukan-bukan. Ish isteri aku malukan aku. Nanti apa kata orang. Aku orang hebat....tak pernah Rasulullah fikir begitu..

Pernah Rasulullah saw bersama sahabat rhum. Isterinya saja buat seorang lagi jatuh dan makanan bertabur. Rasulullah makan makanan yang jatuh dan makan. Kemudian gantikan makanan yang jatuh. Rasulullah saw letak syurga neraka di depan..Redha Allah no 1.

Pernikahan ialah amanah untuk kita pimpin tangan isteri kita dan takkan senang-senang lepaskannya sehingga bawa dia masuk syurga

Penulis asal : Ebit Lew

Wednesday 3 May 2017

Tentang Sedekah

*Tentang Sedekah*

Jika seseorang itu memberi sedekah dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan didalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan sedekah itu?

*Sila ambil perhatian kepada point nombor 17 hingga 19*

Rujukan dari hadis² :

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia diantara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari kiamat dan sedekah akan InsyaaAllah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah sedekah jariah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu menyucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau

9. Sedekah mampu menghapuskan dosa dan diampunkan dari dosa² lalu yang telah kita lakukan

10. Sedekah yang ikhlas adalah kepastian untuk meninggal dunia didalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada kita

11. Orang² yang memberi sedekah adalah orang² yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT insyaaAllah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang² yang disayangi oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan kita dari kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT insyaaAllah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong kita dari kecurian, kematian yang dasyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun memberi sedekah kepada binatang²

Dan yang terakhir sekali,

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah... 🤗



Perkahwinan 💞



Perkahwinan ni banyak jatuh bangunnya. Banyak masa kita gembira tapi ada juga masanya duka datang tanpa dipinta.

Ada masa kita macam tak kenal pasangan kita. Ada masa kita macam tak sangka dan terdetik dalam hati "Betulkah ini dia?"

Ada masa dalam duka, kita rasa kita nak tinggalkan semua. Tapi kita tahu melangkah seorang bukan pilihan.

Ada masanya dalam kekalutan, merenung kita ke belakang. Bertanya apa yang kurang?

Ada masa pula, pihak ketiga datang tanpa diundang. Kecewanya hati hanya dibaca Tuhan. Rasa kosong seluruh badan. Tak tahu kepada siapa mahu diluah tapi terlalu pahit nak ditelan seorang.

Ada masa juga perkahwinan jadi kusam. Tak ada lagi kegembiraan. Hati tersasar jalan dan sudah tawar hati untuk pulang.

Dan paling pedih dalam perkahwinan, rasa sayang hilang dalam perjalanan. Puas mencari sayang yang hilang tanpa jejak tanpa bayang.

Tapi banyak masanya kita bertahan kerana ada tangan-tangan kecil memegang dan meyakinkan bahawa berada dalam perkahwinan walau apapun warnanya adalah kebahagian dalam diam.

Tidurlah anak, esok mungkin ibu dan ayah akan berbaik semua untuk terus memimpin tangan kalian berjalan.

Credit untuk penulis asal : Normaliza Mahadi

Tuesday 2 May 2017

Inilah Aku...


Inilah aku dengan segala kekuranganku,
Inilah aku dengan segala keterbatasanku,
Dan inilah aku dengan segala yang ada pada diriku...

Hidup ini cukup bukan karena aku memiliki segalanya,
Tetapi kerana aku tahu aki tidak bisa memiliki segalanya dan masih tetap bersyukur...

Sekadar renungan dipagi hari...

Walau siapa pun kita,
sekuat mana pun kita,
sebijak mana pun kita,
ada ketikanya kita lemah juga,
dan waktu itu kita memerlukan seseorg untuk menyokong kita...

Hidup umpama roda,
Adakala diatas, adakalanya dibawah...
Kadang kalanya tidak perlulah berbangga sangat dengan apa yang kita ada,
Bersederhana dalam segala hal itu lebih menyenangkan...
Usah riak dengan apa yang kita ada,
Kerana apa yang kita ada cuma pinjaman dari-Nya...
Bismillah...

Masa lalu tidak bisa diubah,
Hanya perlu dijadikan pelajaran bukan diratapi...

Masa depan belum tentu dapat disentuh,
Hanya bisa dijadikan perancangan bukan dalam kepastian...

Masa kini adalah realiti,
Aplikasikan pelajaran masa lalu dan gerakkan perancangan masa depan,
Agar masa kini menjadi masa depan yang bermakna,
Tidak menjadi masa lalu yang sia-sia...