Wednesday 10 May 2017

Seorang anak muda yang baru kahwin jumpa saya. Dia dah tak faham perangai isteri dia. Kenapa wanita macam ni. Cepat nak marah. Kuat melawan. Dia tak kerja tapi nak duit saya. Nak beli itu ini. Dan minta kasih sayang. Dia suruh saya ada perasaan sikit...faham dia...terus terang saya memang tak faham. Dia campur privacy hidup saya.

Wanita bukan untuk difahami tapi untuk didengari, disayangi, dibimbing masuk syurga. Kita pun tak faham diri kita sendiri. Mintalah pertolongan Allah dalam urusan rumahtangga. Hati yang lembut, ketinggian dan kemuliaan wanita. Kita perlu jaga hubungan dengan Allah. Allah pasti buka jalan.

Saya tanya dia adik faham tak apa tu pernikahan?

Dia kata pernikahan maksudnya perintah Allah supaya dapat halalkan hubungan antara seorang lelaki dan wanita.

Betul tu adik. Sebenarnya pernikahan ialah menjadikan 2 jasad menjadi satu. Satu hati, satu jiwa, berkongsi segalanya. Tiada rahsia lagi antara keduanya. Tiada kehidupan peribadi. Semua urusan suami perlu diketahui isteri. Begitulah sebaliknya. Harus ada kepercayaan, kecintaan, jujur dan tanggungjawab. Bersama-sama melangkah masuk syurga. Kita bekerja, apa kita dapat kongsikan bersama isteri. Sama-sama senang. Sama-sama susah. Sama menangis..sama-sama jaga rumahtangga dan bangunkan anak-anak. Semuanya mesti bersama. Kita telah memegang amanah Allah. Mengambil seorang wanita yang dari walinya dengan janji dan perakuan itulah nikah.

Apa kita pakai. Mereka juga berhak. Apa kita makan itu mereka makan. Bagaimana kita ingin dilayani seperti itu kita layan isteri kita. Ramai orang cuma bersama seks waktu malam. Waktu lain semuanya bergaduh. Bermusuh. Berkira. Itu bukan pernikahan. Itu nafsu semata-mata..

Paling utama hak mendidik mereka dengan agama. Bimbing mereka dari mandi hadas sehingga wuduk, solat dan setiap hal dalam sunnah Nabi saw.

Bersama mereka dengan kasih sayang. Mereka nak disentuh, bermanja, berbual, kejutan dan bantu mereka ketika di rumah. Urut belai mereka..

Allah jadikan sekali Aisyah rs ada perselisihan dengan Rasulullah saw. Aisyah ra minta ada orang lain mendengar masalah mereka dan memutuskan. Abu bakr ra telah datang. Aishah ra kata ya Rasulullah saw kamu cerita dulu tetapi bercakap benarlah. Abu bakr ra terus marah Aisyah ra. Kerana dia suruh Nabi saw cakap benar sedang Rasul saw orang yang sentiasa bercakap benar. Semuanya dari Allah..

Abu bakr ra terus angkat tangan nak tepuk Aisyah ra. Aisyah ra lari belakang Rasulullah saw merayu minta tolong. Rasulullah saw kata wahai abu bakr jangan marah dia, aku ingin kamu mendengar masalah ini. Setelah selesai..petangnya Abu Bakr ra dengar Rasulullah saw tengah bergurau dengan Aisyah ra..

Lihat kasih sayang Rasulullah saw. Memahami sifat wanita. Rasulullah saw tak kecil hati dan terus selesaikannya. Rasulullah saw begitu mulia langsung tak marah isterinya atau ayah mertuanya. Mereka tidak berdendam tak terlalu fikir bukan-bukan. Ish isteri aku malukan aku. Nanti apa kata orang. Aku orang hebat....tak pernah Rasulullah fikir begitu..

Pernah Rasulullah saw bersama sahabat rhum. Isterinya saja buat seorang lagi jatuh dan makanan bertabur. Rasulullah makan makanan yang jatuh dan makan. Kemudian gantikan makanan yang jatuh. Rasulullah saw letak syurga neraka di depan..Redha Allah no 1.

Pernikahan ialah amanah untuk kita pimpin tangan isteri kita dan takkan senang-senang lepaskannya sehingga bawa dia masuk syurga

Penulis asal : Ebit Lew

No comments:

Post a Comment