Wednesday 3 May 2017

Perkahwinan 💞



Perkahwinan ni banyak jatuh bangunnya. Banyak masa kita gembira tapi ada juga masanya duka datang tanpa dipinta.

Ada masa kita macam tak kenal pasangan kita. Ada masa kita macam tak sangka dan terdetik dalam hati "Betulkah ini dia?"

Ada masa dalam duka, kita rasa kita nak tinggalkan semua. Tapi kita tahu melangkah seorang bukan pilihan.

Ada masanya dalam kekalutan, merenung kita ke belakang. Bertanya apa yang kurang?

Ada masa pula, pihak ketiga datang tanpa diundang. Kecewanya hati hanya dibaca Tuhan. Rasa kosong seluruh badan. Tak tahu kepada siapa mahu diluah tapi terlalu pahit nak ditelan seorang.

Ada masa juga perkahwinan jadi kusam. Tak ada lagi kegembiraan. Hati tersasar jalan dan sudah tawar hati untuk pulang.

Dan paling pedih dalam perkahwinan, rasa sayang hilang dalam perjalanan. Puas mencari sayang yang hilang tanpa jejak tanpa bayang.

Tapi banyak masanya kita bertahan kerana ada tangan-tangan kecil memegang dan meyakinkan bahawa berada dalam perkahwinan walau apapun warnanya adalah kebahagian dalam diam.

Tidurlah anak, esok mungkin ibu dan ayah akan berbaik semua untuk terus memimpin tangan kalian berjalan.

Credit untuk penulis asal : Normaliza Mahadi

No comments:

Post a Comment